" Anak Palestin Cuba Catat Rekod Dunia "

Number of View: 4485
Kira-kira 5,000 kanak-kanak Palestin cuba mencatatkan rekod dunia dengan membuat cap tapak tangan pada sebidang kain berukuran 5,400 meter persegi, sebagai sebahagian daripada aktiviti kem musim panas yang ditaja oleh Agensi Bantuan dan Pemulihan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)…………

 Kanak-kanak berkenaan yang memakai baju memaparkan perkataan ”UNRWA Summer Games”, berhimpun di sebuah stadium di kem pelarian Khan Younis untuk mempamerkan cap tapak tangan mereka sambil bermain dan bersuka ria, dalam usaha untuk mengatasi keadaan kurang menyenangkan di Semenanjung Gaza yang dikepung.
UNRWA menganjurkan beberapa kem musim panas yang menawarkan aktiviti keriangan dan kebudayaan kepada kira-kira 250,000 kanak-kanak Palestin dalam usaha untuk membantu mereka mengatasi trauma serta tekanan psikologi yang menyelubungi mereka ekoran sekatan dan kekerapan serangan udara serta darat oleh Israel.

Pemangku pengarah operasi UNRWA di Semenanjung Gaza, Christer Nordahl memuji kanak-kanak Palestin kerana kebolehan dan kemahiran mereka, dengan berkata, kanak-kanak Gaza berhak untuk berada di tempat teratas di persada dunia.”Saya tidak ragu-ragu bahawa kanak-kanak Gaza akan mencapai kejayaan seperti yang mereka seringkali buktikan apabila diberi peluang,” kata Nordahl. – Bernama
info:klikk sini 
P/S: semoga masa hadapan kanak2 palestin ni terbela……..

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , ,

3 thoughts on “" Anak Palestin Cuba Catat Rekod Dunia "”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge