" E-Coli "

Number of View: 9961
Salam hormat dan salam satu Malaysia,hari ni jokegurl nak jadi pakar kesihatan pulak ya.sebenarnya kita pun baru tahu tentang Bakteria E-coli ni.Wabak pertama E-coli ini di kesan merebak di negara Eropah.Serangan bakteria ini telah mengakibatkan 22 orang terbunuh dan 2,200 di sahkan jatuh sakit…….

Nama saintifik bakteria ini dikenali dengan nama Escherichia Coli.Kajian terperinci tentang bakteria ini sedang giat dijalankan.Cara paling mudah untuk dijangkiti adalah dengan memakan makanan yang tercemar seperti memasak makanan dengan tempoh yang singkat.kena pastikan masakan yang di masak hendaklah betul2 masak.

Kebanyakkan kes yang berlaku, kanak2 adalah golongan yang mudah mendapat penyakit dari bakteria E-coli.ini kerana antibodi kanak2 tidak kuat untuk melawan keracunan.Golongan wanita juga banyak yang terkena dengan penyakit ini.Saintis mengatakan senario ini berlaku pada wanita adalah kerana kaum wanita gemar makan makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.

Simptom individu yang dijangkiti wabak bakteria E-Coli ini akan berasa kejang di bahagian abdomen secara tiba2.Selepas beberapa jam pesakit akan mengalami cirit-birit dan boleh membuat kehilangan air dalam badan.Kehilangan air yang banyak dalam badan boleh mengakibatkan kematian.

Langkah pengcegahan yang dilakukan oleh kerajaan malaysia adalah dengan menasihatkan rakyat malaysia yang baru pulang dari jerman untuk mendapat rawatan dengan kadar segera,terutama kepada individu yang menunjukkan simptom bakteria E-Coli.


12 thoughts on “" E-Coli "”

  1. owhhh… baru taw pasl nihh… ingatkan benda nih mcm mainan2 yang kat taman permainan tuu.. hahahhahaa…..

    good info..!!

  2. @syuxer ~ cara sebut die .. e-kolai

    e-coli ni ada je dalam badan kita, tapi tak banyak sampai leh jadi teruk macam ni ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge