"Jom Makan Durian Percuma "

Number of View: 4760
IPOH — Sebanyak 5,000 durian akan disediakan untuk orang ramai pada Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang, 80 km dari sini pada Sabtu dan Ahad ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzli Paharuddin berkata, mereka yang hadir dari 10.30 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu boleh menikmati durian percuma tetapi selepas itu bayaran sebanyak RM9 akan dikenakan. 

 Pesta itu dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri Perak, dan akan dirasmikan Oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Antara aktiviti yang akan diadakan ialah acara makan durian, pameran dan jualan, persembahan artis tempatan, acara lelong durian serta pertandingan dan demonstrasi masakan tradisional, kata Zainol Fadzli.Pelancong dari Eropah yang menginap di beberapa homestay di sekitar Taiping turut dijemput menghadiri pesta itu, katanya. – Bernama
sumber:klikk sini

P/S:Jangan makan durian banyak2 ya,ingat orang belakang ckitt…..hahahaha

Tags: , , , , ,

13 thoughts on “"Jom Makan Durian Percuma "”

  1. lor….baru bulan lepas kat subang parade der acara bayar 20 hinggit mase satu jam diberikan,makan durian sebanyak yang mungkin…..huhuhuh…rasenye paling koman pon berape bijik ke bleh telan….jangan tertelan bijik durian udahler….

  2. apsal semua tak suka durian nih?? boikot cikguwan! ahahahaha

    ~joker, kite bru je makan 3,4 hri lepas! sgt nyummy! buat bubur durian lagi..weyewwwww

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge