KUASA SUARA AIZAT MENGGEGAR KUCHING SARAWAK

Number of View: 1768

Konsert Aizat yang dilangsungkan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak mendapat sambutan yang luar biasa,pada awalnya Aizat atau namanya Aizat hamdan merasakan sangat takut konsertnya itu tidak mendapat sambutan dari peminat di kuching sarawak.

Walau bagaimana pun sewaktu melangkah masuk ke stadium itu,Aizat merasa debaran yang amat sangat.Debaran itu hilang apabila dia menyaksikan ramai yang hadir ke Konsert Borneo pelantun lagu Susun Silang Kata itu lebih kurang 3000 orang dan rata-rata adalah anak muda.

Memang telah terbukti bahawa penyanyi muda Aizat mampu membuatkan golongan muda dan belia untuk menghadiri dan membeli tiket konsertnya itu.Bagi Aizat ,inilah tanda penghargaan yang memang tak dapat dibeli dimana-mana .kerana semua yang berlaku ni baginya adalah macam magik,namun dia berasa bersyukur dengan kepercayaan yang diberi.

Kematangan penyanyi muda ini juga terpamer bukan hanya komunikasi bersama penonton tetapi juga penguasaan pentasnya dengan mood untuk bergembira bersama peminat-peminat seninya.Aizat dapat merasakan  cinta dan berjaya meresapkan ideologi cinta dan kasih sayang yang ditebarkan oleh para peminatnya di Sarawak.

Aizat juga menyampaikan lagu-lagu nukilanya yang popular,antaranya ialah Susun Silang Kata, Sungai Lui, Kau Aku, Hanya Kau Yang Mampu, Pergi dan Emotion. Penyanyi jemputan Altimet turut serta menghiburkan penonton dengan  lagu Kotarayaku, Chantek dan Syukur bersama kolaborasi DJ Fuzz.

Semoga Aizat teru maju dan berjaya dalam bidang seninya,diharap para peminat Aizat terus menyokongnya

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “KUASA SUARA AIZAT MENGGEGAR KUCHING SARAWAK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge