" Mat Rempit Masuk TLDM "

Number of View: 2610
KUALA TERENGGANU – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalu-alukan golongan belia dan remaja khususnya mat rempit untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM (PSSTLDM).Pegawai Pemerintah PSSTLDM Chendering, Kapten Profesor Madya Zainal Ashirin berkata, inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai dan seterusnya berkhidmat secara sambilan dalam badan beruniform itu.

Katanya, TLDM bersedia untuk melatih dan membimbing golongan itu menyertai PSSTLDM.”Sekurang-kurangnya kita dapat membantu golongan belia yang tidak mempunyai kerja, sekali gus dapat, membendung mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

“Kita melihat golongan belia tidak menunjukkan minat untuk menyertai mana-mana badan beruniform dan lebih suka membuat perkara yang tidak berfaedah seperti merempit dan sebagainya.

“Dengan cara yang dilakukan ini kita dapat mendisiplin golongan remaja dan melatih serta memberi pendedahan asas ketenteraan,” katanya di sini, hari ini. – Bernama
sumber:Klikk sini 
P/S:Semoga mat2 rempit baca berita ni dan join TLDM,Bagi kudrat korang berkhidmat untuk negara lagi bagus.

3 thoughts on “" Mat Rempit Masuk TLDM "”

  1. ha tu la smgt kita nak.. drpada buat keje tak berfaedah baik join navy ni. keje dapat. disiplin ade. kan bagus tu.. apa la nak lagi kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge