NERA AF9 MENAFIKAN GOSIP BERCINTA

Number of View: 2776

Nera atau nama sebenar Queennera Francis Kitingon yang berumur 19tahun adalah bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9),memberitahu keluarganya memang tidak pernah menghalangnya untuk bercinta dengan lelaki yang bukan seagama denganya.

menurut Nera,Ahli keluarganya sentiasa berfikiran terbuka dan akan menyokong pilihan hatinya.sebagai ibubapa mereka akan selalu memberi nasihat kepada nya agar menjaga diri di dalam apa jua yang dilakukan.nera mengakui yang dia belum mempunyai pilihan hati biarpun sebelum ini ada dikaitkan dengan bekas pelajar AF9 iaitu azri atau nama sebenarnya Mohamad Azri Abdullah

Katanya lagi,dia belum bertemu dengan orang yang betul-betul sesuai dengan dirinya kerana sekarang dia mahu menumpukan pada kerjayanya yang masih baru.Dia mengakui yang dirinya memang berkawan baik dengan azri tapi itu semasa berada di akedemi fantasia dan sekarang memang mereka jarang bertemu kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

Nera memberitahu yang dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggung jawab,dia tidak terlalu memilih dan cukuplah jika lelaki idaman itu mempunyai sifat baik hati, jujur dan bertanggungjawab sebagai lelaki.

nera baru sahaja muncul dengan single terbarunya berjudul” hatiku milikmu” baru-baru ini.dia menitiskan airmata sewaktu membuat rakaman lagu tersebut.katanya lagi,lagu itu sangat menyentuh hati dan dia menghayati dengan baik sewaktu proses rakaman berjalan.

Dan dia sangat gembira kerana single terbarunya itu mendapat maklum balas yang baik dan secara langsung dapat menangkis segala cakap-cakap orang tentang bakatnya sebelum ini.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

One thought on “NERA AF9 MENAFIKAN GOSIP BERCINTA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge