NORMAN DAN MEMEY DAPAT HADIAH PERKAHWINAN

Number of View: 5643

Norman Hakim dan Memey Suhaiza menerima “hadiah perkahwinan” yang bermakna lebih awal apabila mereka dibebaskan dari tuduhan khalwat.Keputusan mahkamah itu adalah hadiah perkahwinan untuk Norman dan memey sempena perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 24 September ini.

Keputusan mahkamah itu dibuat oleh Hakim mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ,Salehan Yatim membuat keputusan itu apabila pihak pendakwaan gagal membuktikan  prima facie terhadap pertuduhan.Norman dan Memey hadir ke mahkamah pada pukul 9pagi,pasangan itu mengakui merasa sebak semasa mendengar penghakiman tersebut.

Norman dan Memey tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana bebas dari pertuduhan itu,manakala Norman terus ke surau untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum di temubual oleh wartawan.Norman berkata,”Alhamdulillah¬†saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan,”

Memey yang hadir dengan pakaian baju kurung¬† berkata,”inilah berita yang memang lama mereka tunggu”.”Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir,” katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak.

sebelum itu,hakim melepas dan membebaskan Norman, 35, dan Memey, 23, daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan pada antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-A1, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Bagi kesalahan itu Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(2)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2005.Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 29 Januari 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewakili pihak pendakwaan.

semoga pasangan norman dan memey bahagia selamanya

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

4 thoughts on “NORMAN DAN MEMEY DAPAT HADIAH PERKAHWINAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge