" Pelajar Sertai BERSIH Akan Di Ambil Tindakkan "

Number of View: 4925
 KUALA LUMPUR-Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jika mereka didapati menyertai perhimpunan haram semalam, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata, setakat ini, Mara belum menerima laporan mengenai pembabitan penuntut tajaannya dalam perhimpunan itu dan akan meminta Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad menyiasat serta menyerahkan laporan mengenai perkara tersebut dengan segera………..

Ditanya sama ada tindakan terhadap penuntut berkenaan akan membabitkan penarikan balik pinjaman, Shafie berkata, beliau akan meneliti alasan mereka menyertai perhimpunan itu.
“Bentuk tindakan akan kita lihat apa sebab mereka terlibat dengan perhimpunan ini. Kita hantar mereka ke luar negara untuk menuntut, bukan mengambil bahagian dalam kegiatan yang boleh memudaratkan, yang boleh mencemar imej negara serta pemerintah.
“Kalau mereka yakin negara ini tidak adil, kenapa buat pinjaman dengan Mara, kalau tidak dapat pinjaman, mereka marah, kita kena pastikan perkara ini tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku ‘Flowers Of My Heart’ dan ‘The Other Side Of The World’ karya isterinya, Datin Suryani Shuaib di sini hari ini. — Bernama 

info:Kosmo

P/S:Kalau awak tu pelajar buat lah cara seorang pelajar,belajar dulu sampai berjaya baru lah join politik……..ada pahammmmmmmm

16 thoughts on “" Pelajar Sertai BERSIH Akan Di Ambil Tindakkan "”

  1. salam ziarah..
    salam kenal dari rasta…
    maaf saya simpan link kamu dalam blog list saya….
    mintak izin….
    kalau tak bagi…
    nanti saya delete segera….
    maaf ye…saya blogger baru

  2. betul tue..pelajar kena belajar dulu..jangan campur urusan politik…tapi kena la ambil tahu sedikit isu semasa politik…

  3. ..cuak la student2 kte yg join.tp dlm surat tawaran pon dh ckp kan x leh sertai sbrang phimpunan haram?huhu..hrp x de la yg kena tangkap..

  4. saya percaya kepada peluang kedua…berilah peluang kepada mereka…..masa depan mereka perlu diutamakan…darah muda biasa laaa…

  5. adeehh ada jugak student macam ni..perlu ke dorang masuk campur?dah namanye student pergi belajar betul2 sudah la..dorang ikut campur sume ni pun bukan masuk paper exam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge