" Remaja Mati Dalam Tahanan Dapat Pampasan "

Number of View: 2945
LONDON 23 Julai – Kementerian Pertahanan Britain semalam membayar pampasan sebanyak AS$162,066 kepada keluarga seorang remaja Iraq yang mati lemas semasa berada dalam tahanan tentera Britain………

Pihak keluarga kepada Saeed Shabram yang maut di berhampiran Basra, selatan Iraq pada 2003, telah mendakwa tentera Britain mengacukan senapang untuk memaksa remaja berusia 18 tahun itu bersama sepupunya masuk ke dalam sungai ketika mereka berada di atas jeti.Peguam keluarga mangsa, Keren Adams berkata, ia merupakan keputusan yang wajar.
“Sejumlah wang tidak mampu mengembalikan nyawa yang telah hilang, tetapi saya berharap pampasan yang diterima dapat membantu keluarga mangsa untuk membina semula hidup mereka, katanya.Sepupu Shabram, Menam Akaili yang terselamat dalam kejadian tersebut, turut menerima sebahagian daripada wang pampasan itu. – AFP
 sumber:klikk sini
P/S:Bukan Dekat Malaysia Ni tau
Tags: , , , , , , ,

5 thoughts on “" Remaja Mati Dalam Tahanan Dapat Pampasan "”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge