" RTM Terus Siarkan Video Perhimpunan Haram "

Number of View: 2313
KUALA LUMPUR 24 Julai – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video rakaman perhimpunan haram pada 9 Julai lepas secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar yang telah berlaku, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim…..…………..
Beliau berkata, rakaman video yang mula disiarkan malam tadi perlu ditonton orang ramai yang inginkan jawapan kepada tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim terhadap peserta perhimpunan haram itu. “Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton RTM bagi melihat daripada segi sebenar dan tepatnya apa yang telah berlaku dan hakimkan sendiri apa yang telah dirakamkan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam pertandingan badminton persahabatan antara RTM dengan pasukan Datuk Seri Utama Rais Yatim (DSURY) di sini hari ini.
Katanya RTM akan menayangkan adegan-adegan sebenar perlakuan politik jalanan yang dilakukan pada hari berkenaan, sekaligus menjelaskan siapakah yang sebenarnya berbohong.Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan DSURY menewaskan RTM.Ditanya sama ada rakaman video yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diedarkan ke stesen televisyen lain, Rais berkata pihaknya akan berbuat demikian sekiranya PDRM memberikan persetujuan. – Bernama
sumber:klikk sini 
P/S:Tengok kalau nak tahu cerita………. 
Tags: , , , , , , , , , ,

3 thoughts on “" RTM Terus Siarkan Video Perhimpunan Haram "”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge