SENIMAN NEGARA MENINGGAL DUNIA

Number of View: 8489

Datuk Syed Ahmad Syed Jamal telah meninggal dunia semalam lebih kurang jam 10malam di kediamanya di Gombak.Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang mengesahkan berita pemergian allahyarham Datuk Syed Ahmad Syed Jamal.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.Beliau yang berasal dari muar johor mendapat pendidikkan awal di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.Datuk Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991. Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

 

SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , ,

0 thoughts on “SENIMAN NEGARA MENINGGAL DUNIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge