ANAK ALLAHYARHAM DATUK SOSILAWATI BAKAL BERKAHWIN LEPAS AIDILFITRI

Number of View: 5618

Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya,Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi,26,dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihannya selepas Aidilfitri ini.Berita mengenai anak jutawan kosmetik itu mendirikan rumahtangga hangat di perkatakan sebelum ini kerana sering dikaitkan dengan beberapa individu.

Menurut sumber,anak allahyarham Datuk sosilawati lawiya itu sudah mendapatkan restu keluarga dan mereka masing-masing tidak membantah dan hanya inginkan yang terbaik buatnya.Keluarganya mendoakan semoga dia menemui lelaki yang mampu menjadi suami yang baik.

sementara itu,kehadiran Aidilfitri kali ini menggamit kembali kenangan peristiwa kehilangan misteri Sosilawati hampir setahun lalu sebelum beliau disahkan mati dibunuh di Ladang Gadong, Banting, Selangor.Anak allahyarham sosilawati dan adik beradiknya menyambut aidilfitri kali ini di kampung  allahyarham ibunya di Kampung Sri Menanti,Batu Pahat.

Rosnani Lawiya yang juga adik kepada jutawan kosmetik itu berkata,aidilfitri kali ini sangat dirasai apabila ketiadaan Sosilawati.Sambutan raya tahun ini sedikit terubat kerana anak-anak allahyarham jutawan kosmetik itu menyambut lebaran bersama mereka dan akan akan bersama mengadakan majlis tahlil pada hari raya pertama.

 

Al-fatihah untuk Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “ANAK ALLAHYARHAM DATUK SOSILAWATI BAKAL BERKAHWIN LEPAS AIDILFITRI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge