BAYI LELAKI DI JUMPAI DALAM KOTAK DI R&R SALAK BARU

Number of View: 2651

Salam mesra dan salam informasi untuk semua,jokegurl hari ni nak kongsi satu berita sedih yang jokegurl baca di kosmo online.Apalah nasib bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di surau wanita kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak Baru.

jokegurl pun tak tahu mana perginya akal fikiran manusia yang sanggup meninggalkan bayi tidak berdosa ini di dalam kotak,sedangkan binatang pun sayangkan anak,inikan kita manusia yang ada akal dan fikiran.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada pukul 7.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pekerja MPKK terbabit yang sedang membersihkan surau di hentian berkenaan curiga dengan kandungan sebuah kotak di kawasan tersebut.

“Sebaik kotak itu dihampiri, dia mendengar bunyi tangisan bayi dari dalam kotak tersebut. Pekerja MPKK itu kemudiannya memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dzuraidi berkata, bayi lelaki berkenaan yang dibalut dengan kain batik itu masih dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sungai Siput di sini untuk pemeriksaan.

Pihak polis mengesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang  kes pembuangan bayi lelaki itu boleh lah menhubungi balai polis Sungai Siput di talian 05-5981222.maklumat dari orang ramai itu dapat membantu pihak polis mengesan ibu bayi berkenaan.

 

Jokegurl harap pihak polis dapat mengesan ibu bayi tersebut dan ambil tindak kan yang setimpal dengan perbuatan nya itu.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “BAYI LELAKI DI JUMPAI DALAM KOTAK DI R&R SALAK BARU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge