GENG 7E TERTANGKAP

Number of View: 2573

Geng “7E” yang dipercayai melakukkan jenayah samun bersenjata dikatakan aktif melakukkan kegiatan itu yang mensasarkan kedai 7 Eleven dan kadai serbaneka akhirnya tumpas ditangan pihak polis dengan tertangkapnya 2orang ahli geng terbabit.Mereka aktif melakukkan jenayah itu sejak empat bulan lalu.

Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata,Dengan tertangkapnya 2 orang ahli kumpulan itu yang berusia 19 dan 20 tahun pada jam 7 pagi semalam selepas mereka baru sahaja selesai menyamun kedai serbaneka 7Eleven di jalan pantai cahaya bulan di kelantan.Penahanan 2 ahli kumpulan itu membawa kepada tertangkapnya seorang lelaki yang berusia 48  tahun didapati memiliki 500 kotak rokok curi pelbagai jenama yang bernilai rm10,000 di kawasan binjai.

Geng 7E ini menggunakan modus operandi yang sama iaitu samun bersenjata yang menggunakan parang untuk mengancam mangsa bagi menyerahkan rokok dan duit yang ada dalam premis.Kes yang berlaku di 7Eleven pantai cahaya bulan sebanyak kotak rokok jenama Dunhill dan wang tunai sebanyak rm48.10 di samun.

Bertindak atas maklumat,pihak polis mengejar suspek selama 15minit sebelum kedua-duanya tertangkap di kawasan semak berdekatan taman taman sari,Manakala 3 orang rakan suspek yang berada dalam kereta berjaya melarikan diri.

info:utusan online

“sepandai-pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh ke tanah jua “

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “GENG 7E TERTANGKAP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge