IMEJ TERBARU PELAKON IRMA HASMIE

Number of View: 6497

Salam semua dan salam satu malaya,apa khabar semua ya?jokegurl harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu.korang dah dengar cerita tentang Irma Hasmi yang terbaru,sekarang dia dah berwajah baru sebab dah mula mengubah imej bertudung sekarang ni.

IRMA HASMIE

menurut irma,dia belum berfikir untuk berhenti berlakon kerana imej baru nya yang bertudung.Selagi cara pengurusan masa dan syarat yang ditetapkan masih boleh lagi diterima syarikat produksi dia akan teruskan kariernya dibidang seni kerana ia sudah sebati dalam diri.

“Saya bukannya tetapkan syarat yang bukan-bukan, cuma saya meminta mereka untuk memperuntukkan masa selama 30 minit setiap kali waktu solat kerana mahu membuang dan memakai solekan,” katanya.Tambah Irma, berimej tudung bukanlah menjadi satu alasan untuk dia sukar menunaikan tugas lakonan kerana baginya pengurusan masa amat penting dalam bidang tersebut.

Irma percaya selagi dia bijak menguruskan masa,insyaallah perkara yang ingin dilakukkannya akan terlaksana.dia bersyukur kepada allah kerana dia sekarang tidak putus-putus menerima tawaran berlakon serta menjadi pengacara.

ditanya tentang kekasih,irma memberitahu dia tidak mahu bercinta macam sebelum ini.Dia cuma mahu mengenali lelaki dia jumpa terlebih dahulu dan akan terus berkahwin.

Kita minat sangat dengan Irma Hasmie ni tau,Semoga Irma Hasmie terus berjaya dalam bidang seni dan berjaya dalam kehidupan

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

2 thoughts on “IMEJ TERBARU PELAKON IRMA HASMIE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge