KAD HAWA TERBAIK UNTUK GOLONGAN WANITA

Number of View: 6328

salam semua untuk kaum hawa diluar sana,hari ni jokegurl ingin berkongsi khabar gembira ini khas untuk kaum hawa.Golongan wanita yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun kini berpeluang untuk mendapat perlindungan insurans sebanyak rm10,000 dengan kadar bayaran permulaan rm10.

gambar hiasan dari google

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, Kad itu meliputi perlindungan ragut, kematian akibat kemalangan atau hilang keupayaan kekal, kehilangan wang tunai dan barang peribadi berharga serta rompakan di Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

“Walaupun jenayah ini diklasifikasi sebagai jenayah kecil, ia juga boleh membawa maut seperti beberapa kes yang mendapat liputan akhbar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Hawa itu di sini, semalam.

Beliau berkata, program dengan kerjasama RealRewards itu diperkenalkan khas bagi melindungi wanita yang sering menjadi sasaran utama dalam jenayah itu dan ia juga seiring dengan kempan Banteras Ragut dan Rogol (B2R) yang diperkenalkan pergerakan itu baru-baru ini.

Katanya lagi,perlindungan insurans untuk tahun pertama adalah percuma dan pemegang kad perlu memperbaharui kad itu untuk tahun seterusnya.

Selain itu, beliau berkata pemegang kad juga dapat mengumpul mata ganjaran dan memperoleh diskaun dari 1,300 rakan niaga RealRewards, antaranya KK Home Deco, Cars International, KL Bird Park dan beberapa syarikat produk kecantikan

INFO:utusan malaysia

PERLINDUNGAN UNTUK TAHUN PERTAMA ADALAH PERCUMA,MARILAH BERAMAI-RAMAI MENGIKUTI PROGRAM PERLINDUNGAN INSURANS UNTUK KAUM HAWA INI

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

8 thoughts on “KAD HAWA TERBAIK UNTUK GOLONGAN WANITA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge