KERAJAAN BRITAIN SIMPATI DENGAN ASHRAF

Number of View: 2512

salam satu malaysia dan salam hormat,Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap insiden yang menimpa penuntut malaysia yang cedera dalam rusuhan yang berlaku di kota london dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

ASHRAF

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya.Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rosli.

suruhanjaya tinggi britain juga terkejut dengan kecederaan yang menimpa penuntut malaysia itu dan mengutuk tindakkan perusuh itu,mereka juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau.

Muhammad Asyraf yang berasal dari selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata, beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.

sumber:Mstar

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “KERAJAAN BRITAIN SIMPATI DENGAN ASHRAF”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge