KERANA CINTA GADIS LARI IKUT LELAKI NEPAL

Number of View: 4376

Seorang gadis Norshahira Mohd. Rasul berusia 21 tahun dari Taman Kenangan bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.Gadis tersebut di percayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan setelah gagal menjejak anaknya itu.Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan cinta dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu. – Bernama

Tags: , , , , , ,

3 thoughts on “KERANA CINTA GADIS LARI IKUT LELAKI NEPAL”

  1. benci dengan budak budak yang suka buat keputusan cmnie…. nak kawin je lari.. ape la sangat lelaki warga asing tu? kita tak tau kehidupan dia kat sana cane.. kot kot kene jual nnti baru padan muke…
    uLan recently posted..23TAHUN MERANTAI ANAKMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge