KERANA PERCAYA TEMAN LELAKI SEORANG PELAJAR DI NODAI

Number of View: 7950

Seorang pelajar di sebuah sekolah di cheras mendakwa dirinya di nodai rakan lelakinya.Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lalu dan pelajar itu hanya maklumkan kepada gurunya kelmarin.Mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya kerana takut dimarahi ibunya.

pada 16 ogos lalu pelajar perempuan itu mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.Rakan lelakinya menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri.

Dan apabila mangsa tersedar dan mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

Guru terbabit bertindak memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.Ibu mangsa yang terkejut mendengar cerita kejadian yang berlaku terhadap anaknya terus membuat laporan polis di Balai polis Kajang.

 

BERHATI-HATI DALAM MEMILIH KAWAN,JAGA BATAS-BATAS PERGAULAN.SYAITAN SENTIASA BERADA DI KELILING KITA

Tags: , , , , ,

2 thoughts on “KERANA PERCAYA TEMAN LELAKI SEORANG PELAJAR DI NODAI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge