LELAKI DI TIKAM PENCURI KERETA

Number of View: 5177

Seorang Lelaki yang juga pengawal keselamatan menemu ajal akibat ditikam dalam satu kejadian pecah kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, kejadian kira-kira 3.15 pagi itu bermula apabila mangsa Shariff Din, 47, menghalang dua lelaki daripada memecah sebuah kereta proton Iswara milik rakan mangsa.

“Sebelum itu, isteri mangsa ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta dari tingkat lapan rumah mereka, dan meminta mangsa turun memeriksa keadaan di situ.Mangsa turun ke kawasan parkir dan ternampak seorang lelaki cuba mengumpil sebuah kereta sebelum cuba menangkap seorang daripada suspek

ekoran perkara itu,mangsa ditikam di percayai menggunakan pisau oleh rakan suspek (suspek kedua).

Mangsa di laporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tulang rusuk kiri dan bahagian belakang badan, manakala kedua-dua suspek lari dan meninggalkan motosikal yang dinaiki mereka di tempat kejadian,” kata Zakaria. – Bernama

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “LELAKI DI TIKAM PENCURI KERETA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge