LELAKI SELAMAT SETELAH DI TIKAM 8 KALI

Number of View: 4162

Salam hormat dan salam satu blogger,seorang lelaki selamat setelah ditikam 8kali,kejadian ini berlaku di jalan Kuala Pilah pada hari khamis lepas.Mangsa tikaman yang selamat itu berusia 29 tahun ditikam sebanyak lapan kali di badannya sebelum dicampak di dalam hutan di Jalan Bukit Putus.

Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit yang tersedar dari pengsan pada pagi Jumaat lalu itu masih berupaya berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum diselamatkan oleh orang ramai di Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.

Orang ramai menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sebelum menghubungi ambulans dan di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.kakitangan di wad kecemasan terkejut selepas mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat lapan kesan tikaman pada badannya.

Lelaki tersebut sempat menceritakan yang dia tidak sedar diri setelah di serang oleh dua orang lelaki yang dikenalinya dengan menggunakan pisau pada petang Khamis lalu di Bahau.

sumber:kosmo

Kuasa tuhan,setelah di tikam lapan kali masih selamat.ajal maut di tangan tuhan.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “LELAKI SELAMAT SETELAH DI TIKAM 8 KALI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge