MATI DI TETAK SEBELUM BERBUKA PUASA

Number of View: 6872

Salam mesra dan salam satu Malaysia,Seorang lelaki berumur 60 tahun mati ditetak dengan parang oleh anggota keluarga terdekatnya manakala isteri cedera dalam satu kejadian sejurus sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini semalam.

Lebih kurang jam 7 malam semalam,Mangsa, Seman Siron, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan di kepala dan putus pergelangan kaki kanan selain cedera di kedua-dua belah tangannya manakala isterinya, Hasmah Abdul Majid cedera di bahagian belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun memarahi anak-anak saudaranya yang membuat bising ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa.

“Apabila Seman menegurnya supaya tidak memarahi cucu-cucunya, suspek naik angin lalu mengambil parang dan menetak Seman di bahagian tengah kepala dan kakinya. Kedua-dua belah tangan mangsa turut cedera kerana dipercayai cuba menahan tetakan.

“Suspek turut menetak Hasmah di belakang kepala. Ketika kejadian ada lapan orang di dapur rumah itu termasuk tiga kanak-kanak berusia enam, lapan dan 11 tahun manakala dua lagi adalah anak pasangan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ku Yaacob berkata Seman dan Hamsmah dibawa oleh anak mereka ke Hospital Kuala Nerang tetapi Seman meninggal dunia pada 7.30 malam dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Hasmah masih dirawat di Hospital Kuala Nerang dan terpaksa menerima lima jahitan. Keadaannya dilaporkan stabil.BERNAMA

Semoga pihak polis cepat selesaikan kes ini dan mahkamah bagi hukuman setimpal dengan kesalahan suspek

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “MATI DI TETAK SEBELUM BERBUKA PUASA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge