MENTEGA GOLDEN CHURN ADA DNA BABI TIDAK HALAL

Number of View: 3420

Salam mesra dan salam hormat untuk semua,jokegurl ingin kongsikan info berkenaan Mentega yang disahkan tidak halal oleh jakim.di harap pengguna diluarsana peka dengan info ini ya.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

SUMBER KOSMO

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk Pure Creamery Butter-Golden Churn tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

Berikutan itu,di ingatkan kepada semua umat islam di seluruh negara agar tidak menggunakan produk mentega golden churn itu.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk mentega itu agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak,ujar beliau.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk mentega terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “MENTEGA GOLDEN CHURN ADA DNA BABI TIDAK HALAL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge