MOHON PINJAMAN RUMAH SECARA ONLINE UNTUK PENJAWAT AWAM

Number of View: 5555

Salam hormat dan salam satu malaysia,Jokegurl ingin berkongsi info berkenaan permohonan pinjaman perumahan secara online menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) mulai tahun depan.Semua penjawat Awam boleh lah menggunakan perkhidmatan ini ya.

Setiausaha BPP, Datuk Shuib Md Yusop berkata, melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap.SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar.

“Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal SPPB yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Nozirah Bahari di sini hari ini.

Shuib berkata, setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan Internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau draf bank

sumber:utusan

Kemudahan ini dapat memudahkan Penjawat Awam membuat permohonan pinjaman perumahan.baguslah kalau sistem ini dapat memudahkan permohonan dan menjimatkan kos.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “MOHON PINJAMAN RUMAH SECARA ONLINE UNTUK PENJAWAT AWAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge