MYDIN CAWANGAN DI PERAK AKAN DIBUKA | Jokegurl.Com

MYDIN CAWANGAN PERAK AKAN DIBUKA

Number of View: 14614

Salam hormat dan salam Ramadhan untuk semua,Jokegurl ingin kongsikan Cawangan Mydin terbaru akan dibuka di Ipoh,ia dijangka akan dibuka April tahun depan.Dengan pembukaan Mydin di perak itu akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di Perak.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pemilihan kawasan bagi pembinaan pasar raya yang menelan kos RM50 juta itu adalah kerana kedudukannya di tengah perkampungan tradisional dan mampu memberikan peluang pekerjaan kepada 300 anak tempatan di kawasan ini.

“Kami juga menyediakan peluang kepada anak tempatan untuk menjadi usahawan dengan menyediakan 18 lot perniagaan di dalam pasar raya besar dua tingkat ini,” katanya selepas majlis taklimat dan lawatan tapak projek pasar raya Mydin kelmarin.

Ameer berkata, pihaknya juga sedang dalam pembinaan pasar raya besar dengan kos RM150 juta di Meru Raya.Beliau berkata, pasar raya besar yang dibangunkan itu lebih bertumpukan jualan barangan harian.“Kami yakin akan sambutan kerana sudah mempunyai pelanggan tetap di Ipoh…saya mendapat tahu ada pelanggan kita membeli-belah di pasar raya Mydin di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,” katanya.

Mydin menjalankan aktiviti perniagaan dan pemborongan di dalam penjualan barangan yang merangkumi makanan, peralatan rumah, pakaian, barangan elektrik, permainan, barangan dan lain-lain.Sehingga kini, Mydin mempunyai 74 cawangan di seluruh negara termasuk lima pasar raya besar, 17 emporium, dua bazar, 36 mini pasar raya, lapan kedai kemudahan 24 jam (My Mart) dan enam francais Mydin Mart (Mydin Mart).

sumber:mymetro

Bagi penduduk di perak yang masih belum dapat pekerjaan lagi,boleh lah cuba rebut peluang pekerjaan bersama Mydin.

Incoming search terms:

7 Responses to MYDIN CAWANGAN PERAK AKAN DIBUKA

  1. putra ardiles says:

    Barangan di Mydin sememangnya murah.. huhu. :)
    putra ardiles recently posted..Idea Bijak Peminat F1 Berusia 14 tahunMy Profile

  2. ainie chepor says:

    mcm mana nak mintak?

  3. Pompek says:

    Baru nak bina di Ipoh….sepatutnya Mydin sudah masuk dalam negeri Perak 7 tahun yang lalu….tengoklah Giant sudah ada lebih 125 Hypermarkat dan Supermarket seluruh malaysia kecuali negeri perlis..lepas tu Jusco Station 18,Ipoh akan dibuka sebelum bulan ramadan 2012…4,000…pengurusan Mydin tak sebijak Tesco….Tengoklah Tesco segelintir pasar raya besarnya berdekatan dengan Jusco…kalau Mydin bina berhampiran Jusco pasti orang ramai datang…

  4. firdaus says:

    nk isi borang at na

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge