NABILA ATLET NEGARA AKAN PULANG KE PANGKUAN KELUARGA

Number of View: 2652

Salam hormat dan salam satu blogger,korang semua ada dengarkan kisah Atlet menembak negara yang kahwin lari tahun lepas.Jokegurl ada terbaca news ni tadi,Atlet menembak pelapis kebangsaan, Nabila Azhazra berjanji akan pulang ke pangkuan keluarganya di Batu Berendam satu hari nanti.

GAMBAR HIASAN

Bapa atlet berkenaan berkata  Nabila, 20, menghubungi kakaknya, Quraishah, 26, malam kelmarin dan meminta mereka sekeluarga agar tidak bimbang mengenai keselamatannya.“Nabila juga berpesan kepada kakaknya agar memberitahu saya bahawa dia akan pulang ke rumah satu hari nanti namun, sekarang belum tiba masa untuk dia pulang.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai tindakan Nabila yang menghilangkan diri sejak bulan lalu setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand, pada 12 November tahun lalu.

Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut, lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.

“Walau tak tahu dengan tepat di mana dia berada kini, saya lega apabila hubungan kami masih tidak putus dan Nabila masih sudi menghubungi kami di sini..Nabila menghubungi kakaknya itu menggunakan telefon awam bagi mengelakkan mereka sekeluarga menghubunginya semula,ujar bapa nabila lagi.

“Malah dia juga telah melahirkan kesanggupan untuk pulang,” katanya

SUMBER:KOSMO TERKINI

NABILA (ATLET MENEMBAK) BERJANJI AKAN PULANG

SEMOGA NABILA PULANG LAH KE PANGKUAN KELUARGA KERANA KELUARGANYA SANGAT MERINDUINYA

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “NABILA ATLET NEGARA AKAN PULANG KE PANGKUAN KELUARGA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge