ORANG RAMAI PERLU BERHATI-HATI DENGAN PENIAGA BUAH KURMA

Number of View: 3058

Selamat pagi dan salam hormat,jokegurl ingin berkongsi satu artikel mengenai teknik peniaga licik mengaut keuntungan penjualan buah kurma semasa bulan ramadhan ini.Buah kurma memang menjadi permintaan tinggi semasa bulan puasa dan ada segelintir peniaga yang licik mengambil kesempatan menjual buah kurma yang telah di campur bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar

Buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

Janganlah mengambil kesempatan macam ini terhadap orang ramai,tak baik buat seperti ini.

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

One thought on “ORANG RAMAI PERLU BERHATI-HATI DENGAN PENIAGA BUAH KURMA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge