PADAH TUNJUK KEMALUAN PENJARA 20 BULAN

Number of View: 6941

Salam hormat dan salam satu malaysia,Padah tunjuk kemaluan dihadapan seorang gadis dan sekumpulan pelajar sekolah,seorang peniaga di jatuhi hukuman penjara 20 bulan.Mahkamah Majistret Kuala lumpur menjatuhkan hukuman itu selepas peniaga itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menunjukkan kemaluannya.

Peniaga itu Lim Jin Yoong, 32, dijatuhi hukuman oleh majistret Zaki Asyraf zubir dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh dia di tangkap pada 16 ogos lalu.

Lim di dakwa atas pertuduhan pertama kerana menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis berudia 15 tahun di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah St Mary, Sentul, di sini pada 4 petang 28 Julai lalu.Dalam pertuduhan kedua,dia didakwa menunjukkan kemaluannya kepada sekumpulan pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul di hentian bas di hadapan sebuah restoran di Sentul Raya antara 5 dan 6 petang pada 15 Ogos lalu.

Terdahulu dalam rayuannya Lim yang bekerja sendiri memohon agar dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan terpaksa menanggung ibu bapa yang sudah berusia.

 

macam ni punya kes pun ada ya,ada masalah mental kot sampai boleh tunjuk kemaluan dekat umum

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “PADAH TUNJUK KEMALUAN PENJARA 20 BULAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge