PELAJAR DITEMUI MATI DI UIAM

Number of View: 5258

Seorang lelaki dipercayai pelajar dari Guinea yang menuntut di UIAM Gombak ditemui mati dibilik asramanya.Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada 12.30 tengah hari.

Ulas beliau lagi,pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.Bagaimanapun tiada kesan pergelutan ditemui,dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja.

Kata beliau lagi,rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

info:klikk sini

Ajal dan maut ditangan tuhan

Tags: , , , , , ,

4 thoughts on “PELAJAR DITEMUI MATI DI UIAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge