PENYANYI POPULAR 60AN MENINGGAL DUNIA

Number of View: 6516

Penyanyi popular Hasnah Haron, 64,meninggal dunia lebih kurang pukul 8pagi tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.Anak beliau, Haslinda Mohd Eunos, 39, berkata, ibunya dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sukar untuk bernafas.

“Bagaimanapun keadaan dia semakin tenat pada pukul 3 pagi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di samping kelima-lima anaknya,” katanya.Arwah menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu.

Jenazah Hasnah telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas solat zohor tadi.Arwah, yang pernah popular dengan lagu irama pop yeh-yeh seperti “Bersedih”, “Sabar Menanti” dan “Siti Zubaidah, meninggalkan lima orang anak termasuk dua lelaki dan lima orang cucu.

sumber:klikk sini

 

MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH DAN SEMOGA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN

Incoming search terms:

Tags: , ,

0 thoughts on “PENYANYI POPULAR 60AN MENINGGAL DUNIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge