PERAGUT LICIK SIMBAH MANGSA DENGAN CILI BOH DI TANGKAP | Jokegurl.Com

PERAGUT LICIK SIMBAH MANGSA DENGAN CILI BOH DI TANGKAP

Number of View: 5302

Salam hormat dan salam satu malaysia,Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa.kejadian ragut itu berlaku di kuantan siang tadi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata, dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.

“Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000,” katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua peragut terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 11 pagi. Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah.

Pihak polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. — Bernama

Incoming search terms:

2 Responses to PERAGUT LICIK SIMBAH MANGSA DENGAN CILI BOH DI TANGKAP

  1. aku says:

    bila dalam keadaan terdesak manusia sanggup lakukan apa sahaja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge