PERAGUT PERLU DITANGKAP,ITU HARAPAN MANGSA RAGUT

Number of View: 1982

Salam satu malaysia dan salam satu malaysia,mari kita dengar Luahan mangsa ragut Maleha Malik yang cedera parah dalam kejadian ragut di Jalan kamaruddin berharap agar peragut itu dapat di bawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.

Maleha, 24, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, masih di dalam keadaan lemah dan amat sedih kerana adiknya Maizatul Akmal, 22, masih koma.Sekarang saya masih rasa sakit lagi di bahagian tangan dan perut,tapi saya rasa lebih tertekan kerana adik masih belum sedarkan diri,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad lalu, dua beradik itu cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan semasa mereka mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka.

Kejadian itu berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman  untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja yang diberikan oleh kerajaan negeri.

info:kosmo

semga pihak berkuasa dapat menangkap peragut ini dengan secepat mungkin dan dibawa ke muka pengadilan.Banyak lai kerja lain yang boleh dibuat,gunalah tulang empat kerat tu untuk memcari rezeki yang halal

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “PERAGUT PERLU DITANGKAP,ITU HARAPAN MANGSA RAGUT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge