RANGKA MANUSIA DITEMUI DI PULAU TIOMAN

Number of View: 7809

Salam hormat dan salam satu malaysia,Polis menemui rangka manusia di pulau Tioman yang di percayai kepunyaan Pelancong warga perancis yang dilaporkan hilang baru-baru ini.Sumber mengatakan rangka yang dipercayai milik warga Perancis Stephanie Foray, 30, ditemui ditanam di dalam gua di kampung Tekek berhampiran pulau tioman.

Rangka manusia yang ditemui itu telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk dibuat bedah siasat dan pengecaman.

Berita Kehilangan pelancong warga perancis ini ada dikeluarkan oleh laman sosial Facebook PDRM pada 26julai lalu sebelum penemuan rangka manusia ini.Warga perancis itu memasuki negara ini pada 5 Mei 2011 dengan penerbangan AK256 dari Colombo, Sri Lanka – Kuala Lumpur (LCCT).

PDRM juga ada menerima email dari France Regional Police Attache Singapura pada 27jun, yang mengatakan bahawa mangsa dipercayai hilang kerana keluarga putus perhubungan.Maklumat terakhir mangsa didapati pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka pada 7 hingga 9 Mei 2011.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , ,

3 thoughts on “RANGKA MANUSIA DITEMUI DI PULAU TIOMAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge