RESEPI KHINZIR DALAM RAMADHAN DELIGHTS THE STAR

Number of View: 4531

KUALA LUMPUR -Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai di panggil oleh Kementerian Dalam Negeri berkaitan artikel yang disiarkan mengenai juadah Ramadhan yang memuatkan Gambar Resepi Masakkan daging Khinzir.Perkara ini tidak patut berlaku kerana boleh menggangu sensitivity kaum Melayu.

GAMBAR DARI KOSMO

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk “Ramadhan Delights” yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit,ujarnya lagi.

Kesalahan itu dipandang sirius oleh Kementerian kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

2 thoughts on “RESEPI KHINZIR DALAM RAMADHAN DELIGHTS THE STAR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge