RUMUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS ARSENAL

Number of View: 2499

Keputusan penuh perlawanan antara manchester united vs arsenal yang berlangsung di stadium Old Trafford,manchester united menang 8-2.

Wayne Rooney mencipta hatrik pertama di awal musim Liga Perdana Inggeris bagi memastikan kemenangan besar untuk Manchester United.Rooney meledak pada minit ke-40 dan 62, kedua-duanya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-81.

Gol awal united di perolehi menerusi jaringan dari Danny Welbeck dan Asley Young.namun begitu arsenal menyamakan kedudukan menerusi jaringan Theo Welcott pada minit ke 27 dan ke minit 48.

Pada separuh masa kedua united menghukum arsenal lagi dengan jaringan dari Nani pada minit ke 65 dan disusuli dengan jaringan dari Park Ji Sung pada minit ke-69 sebelum Robin Van Persie memperoleh gol kedua Arsenal pada minit ke-73.

Pada minit yang ke 90 asley young sekali lagi menjaringkan gol dan melengkapkan kemenangan bersejarah united dengan kemenangan besar 8-2.

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “RUMUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS ARSENAL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge