SAFIQ RAHIM BAKAL KE CARDIFF CITY

Number of View: 1862

Safiq Rahim pemain bola sepak kebangsaan bakal mencipta nama di Eropah kerana bakal beraksi untuk Cardiff city dalam saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.Safiq yang berusia 24tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

Safiq akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City) pada 5 September depan.Peluang keemasan itu akan dimanafaatkan dengan melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

safiq anak kelahiran negeri sembilan itu menjadi pilihan Cardiff city apabila Malky Mackay melihat aksinya ketika pertemuan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu,terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Incoming search terms:

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “SAFIQ RAHIM BAKAL KE CARDIFF CITY”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge