SATU JUTA KERJA KOSONG UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Number of View: 3302

Salam hormat dan salam satu malaysia,Rakyat malaysia kini berpeluang mengisi lebih kurang satu juta kekosongan jawatan yang telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (275,723 kekosongan )

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000 kekosongan)

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000 kekosongan )

Kementerian Dalam Negeri (10,000 kekosongan )

Kementerian Pelancongan (2,041 kekosongan )

Kementerian Pengangkutan (963 kekosongan )

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.”Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN

Bagi sesiapa yang masih tiada pekerjaan boleh lah rebut peluang keemasan ini ya.

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

2 thoughts on “SATU JUTA KERJA KOSONG UNTUK RAKYAT MALAYSIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge