SENARAI HARGA BARANG TERKAWAL UNTUK MUSIM PERAYAAN

Number of View: 6246

Salam hormat dan salam satu malaysia,jokegurl nak kongsi info bagi 20 jenis barangan kawalan untuk dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua barang telah ditambah ke dalam senarai pada tahun ini iaitu bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).

“Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ini dibuat berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan di semua daerah, pandangan agensi kerajaan berkaitan dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong barangan terlibat,” kata sabry lagi.

Jokegurl harap peniaga-peniaga diluar sana menetapkan harga barang-barang kawalan ini mengikut harga yang telah ditetapkan,Orang ramai digesa jika mempunyai maklumat tentang peniaga yang enggan mematuhi peraturan itu diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

SUMBER INFO:KOSMO

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , ,

0 thoughts on “SENARAI HARGA BARANG TERKAWAL UNTUK MUSIM PERAYAAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge