SEORANG PELAJAR MALAYSIA DI ROGOL EMPAT PEMUDA RUSIAReviewed by Admin on Aug 24.Rating:
Number of View: 16398
Salam hormat dan salam satu malaysia,Seorang pelajar Malaysia yang belajar di london telah di rogol oleh empat pemuda rusia yang belajar di kolej yang sama dengan mangsa.Pemuda-pemuda rusia itu bakal berhadapan hukuman penjara setelah mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.
Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone.Mereka merogol pelajar Malaysia itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu di dalam minumannya selama lebih dua jam setengah di kawasan kolej berkenaan selepas satu majlis berpesta.
Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar Rusia itu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, turut memberi komentar yang menjijikkan dan tanpa belas kasihan ke atas mangsa mereka termasuk merakamkan perbuatan mereka menerusi iPhone. Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol tetapi para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat suara mendapati mereka bersalah kerana melakukan hubungan seks.
Pelajar perempuan dari Malaysia itu yang merupakan rakan sekolej dengan keempat-empat tertuduh turut menghadiri majlis pesta yang diadakan atas anjuran salah seorang daripada tertuduh.
keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan perasaan pun ketika para juri menyatakan keputusan mereka tetapi di galeri awam kelihatan beberapa orang ahli keluarga menangis
Davtyan didapati bersalah atas dua tuduhan merogol, Melnikov atas kesalahan merogol dan percubaan untuk merogol, manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya didapati bersalah atas satu kesalahan merogol.Mereka kini ditahan reman sehingga hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.
Incoming search terms:
kesian pelajar malaysia tu..
iMBobo recently posted..Segmen : Ucapan Selamat Hari Raya
Saya bersaimpati terhadap pelajar kita tu. saya juga beharap agar Kerajaan Malaysia mengambil prihatin terhadap kes tersebut dan mendesak Kerajaan Russia bertanggung jawab terhadap kes tersebut agar gejala seperti nin tidak akan berlaku lagi terhadap pelajar kita yang berada di luar Negara..
Kena berhati2 belajar kat luar
Jawatan Kosong Kerajaan recently posted..Jawatan Kosong Di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)