SIMBAH ASID,SEORANG TERCEDERA

Number of View: 2673

Salam hormat dan salam satu blogger untuk semua,sekali lagi kes simbah cecair yang di percayai asid berlaku di Kota Bahru semalam.Kejadian itu berlaku di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa.Dalam kejadian itu didapati mangsa disimbah oleh individu yang tidak dikenali.

Mangsa Faizal Halim Rustam, 37, disimbah cecair itu ketika sedang membaca akhbar di sebuah kedai,kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 8.30 malam.Faizal kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Beliau mengalami kelecuran pada bahagian belakang badan, mata, leher serta lengan,keadaan faizal di khabarkan dalam keadaan stabil.

Faizal berkata, ketika kejadian, beliau membeli minuman dan sempat membaca akhbar di luar kedai berkenaan sebelum disimbah cecair berkenaan,katanya kepada pemberita.

info:utusan terkini

Di harap pihak berkuasa dapat menangkap penyimbah asid ini secepat mungkin dan ya amat merbahayakan keselamatan orang ramai.

 

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “SIMBAH ASID,SEORANG TERCEDERA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge