SIMPLYSITI SAH TIADA DNA BABI

Number of View: 3183

Salam hormat dan salam satu malaysia,sebelum ini kita ada dengar satu laman blog yang mendakwa berus bulu babi yang digunakan dalam produk simplysiti.Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

GAMBAR HIASAN

Datuk siti nurhaliza menafikan Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.Beliau memberi jaminan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM.Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.

Presiden produk simplysiti berharap agar pihak JAKIM dapat membuat kenyataan akbar untuk menerangkan status halal SimplySiti bagi menghilangkan keraguan pengguna ke atas produk tersebut.

Siti berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk simplysiti.pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.

SUMBER CERITA:MSTAR HIBURAN

Semoga pihak JAKIM dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin agar tidak timbul keraguan ke atas penggunaan produk simplysiti

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , , , , , , ,

2 thoughts on “SIMPLYSITI SAH TIADA DNA BABI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge