SKUAD BADMINTON NEGARA CEMERLANG DI LONDON

Number of View: 2939

Salam hormat dan salam satu malaysia,Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton dunia yang berlangsung di Stadium Badminton Wembley Landon setelah berjaya menewaskan pemain dari thailandĀ Tanongsak Saensomboonsuk denganĀ 21-15 21-17.

Datuk Lee Chong wei akan bertemu pemenang antara pertemuan Ville Lang (Finland) dan Dionysius Hayom Rumbaka (Indonesia).

Perkembangan skuad badminton negara di London itu turut menyaksikan Beregu lelaki negara Mohd Zakry Latif dan Hoon Thien How berjaya menewaskan lawannya iaitu bekas juara 2005, Howard Bach dan Tony Gunawan dari Amerika Syarikat dengan 21-17 21-14.Pada pusingan kedua pasangan beregu Negara ini akan bertemu dengan Fang Chieh Min dan Lee Sheng Mu dari China.

Manakala beregu wanita Ng Hui Ern dan Ng Hui Lin turut cemerlang apabila menewaskan Anna Kobceva/Elena Prus dari Ukraine 21-14, 22-20.Dan yang akan menanti Pasangan beregu wanita negara itu di pusingan adalah pasangan dari Jepun Matsutomo dan Takahashi Ayaka.

Nasib Beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying turut melayakkan diri ke pusingan kedua selepas mengalahkan Lino Munoz dan Cynthia Gonzalez dari Mexico 21-9, 21-5.Pasangan beregu campuran negara ini akan berdepan dengan pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dari England.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

0 thoughts on “SKUAD BADMINTON NEGARA CEMERLANG DI LONDON”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge