TIADA SIJIL LAHIR EMPAT BERADIK TIDAK BERSEKOLAH

Number of View: 2537

Salam hormat dan salam mesra,gagal memiliki sijil kelahiran sejak dilahirkan empat beradik dari Kuala Terengganu yang berusia antara lima hingga sembilan tahun terpaksa hidup seperti pelarian di negara sendiri.

GAMBAR KOSMO

Kerana masalah tersebut,empat beradik iaitu Norhidayah Mohd. Zaki, 9; Nordiana, 8; Mohd. Alif, 7, dan Mohd. Syawal, 5, terpaksa melupakan hasrat untuk melalui alam persekolahan.Ibu kepada empat beradik malang itu, Rohani Ngah, 33, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Che Damak dekat sini semalam berkata, kegagalan empat daripada lima anaknya itu untuk memperoleh sijil kelahiran adalah disebabkan kelalaiannya ketika bernikah pada tahun 2000.

Katanya, dia dan suami, Mohd. Zaki Othman, 48, bernikah tanpa mendapat restu keluarga sehingga menyukarkannya untuk mendapatkan surat nikah.Kesukaran mendapatkan sijil lahir itu adalah kerana mereka tidak mempunyai bukti perkahwinan.

Bagaimana pun anak kelima nya yang berusia tiga tahun telah mempunyai sijil lahir selepas selepas mereka mendaftarkan perkahwinan mereka semula pada tahun 2005.

Menurut Rohani dia kini terpaksa bergantung harap kepada Biro Aduan Pemuda UMNO untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat berhubung masalah yang dihadapinya.

“Sepanjang sembilan tahun mengurus sijil kelahiran anak, saya dan suami terpaksa membelanjakan lebih RM10,000 bagi membayar orang tengah yang kononnya dapat membantu menyelesaikan masalah saya,” katanya.

Lebih memalukan, ujar Rohani, apabila ada orang di sekelilingnya memandang sinis di atas kekurangan keluarganya.

sumber:kosmo online

Diharap ada pihak yang dapat membantu empat beradik ini,kerana mereka juga ingin bersekolah seperti kanak-kanak lain.

 

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “TIADA SIJIL LAHIR EMPAT BERADIK TIDAK BERSEKOLAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge