TM DAN GOOGLE BEKERJASAMA BANTU PEMASARAN

Number of View: 2493

Selamat petang dan salam satu malaysia,hari ini TM dan google memeterai usaha sama dengan google bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa.Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin usaha sama dengan Google untuk menawarkan penyelesaian pemasaran kepada pelanggan PKS.

Naib Presiden Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A. Hadi berkata, usaha sama itu bakal menyaksikan TM menawarkan platform pengiklanan carian Google dan perkhidmatan Google AdWords kepada para pelanggan PKS tempatan.

TM kini mempunyai kira-kira 68,000 pelanggan jalur lebar dalam kategori penyelesaian perniagaan, yang mempunyai hak dalam usaha sama itu, katanya.Google AdWords ialah perkhidmatan yang membolehkan perniagaan membuat iklan dan menyiarkannya segera menerusi laman Google serta laman web rakan Google.

Kami tidak menjangkakan memperoleh pendapatan atau meluaskan asas pelanggan PKS kami menerusi usaha sama ini. Ia merupakan sebahagian daripada program kesetiaan bagi membantu pelanggan PKS memasukkan iklan secara dalam talian,” katanya hari ini.

AdWords menggunakan model bayar-setiap-klik yang bermakna pengiklan hanya membayar apabila iklan diklik.

sumber:utusan

SEMOGA USAHA SAMA INI DAPAT MEMBANTU PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (pks) MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Tags: , , , , , , ,

3 thoughts on “TM DAN GOOGLE BEKERJASAMA BANTU PEMASARAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge