TONY FERNANDES HAMPIRI QUEENS PARK RANGERS

Number of View: 1964

Salam hormat dan salam satu malaysia,Jokegurl ingin berkongsi satu news terkini yang di keluarkan utusan terkini berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), menurut beberapa laporan.

Beliau dilaporkan bakal membeli saham Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira AS$196 juta (RM583 juta) dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalau apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

sumber:utusan terkini

Tags: , , , , , , , ,

One thought on “TONY FERNANDES HAMPIRI QUEENS PARK RANGERS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge