ULAR SAWA BERENDAM BERSAMA PENGUNJUNG DI KOLAM RENANG

Number of View: 4585

Salam hormat dan salam mesra,Ular sawa sepanjang empat meter berendam bersama para pengunjung di dalam satu kejadian yang berlaku di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di seremban semalam.

Menurut seorang Ahli Kelab itu memberitahu bahawa dalam kejadian pukul 2.30 petang itu,terdapat 8 orang pengunjung yang sedang bermandi manda dalam kolam renang yang sedalam 1.2 hingga 3.04 meter.

Seorang pengunjung wanita yang sedang berenang di kolam itu melihat ada satu benda hitam di bawah tangga besi di dalam kolam dan Dia kemudian menyelam untuk melihat lebih dekat.Selepas melihat seekor ular,pengunjung wanita itu terus naik ke permukaan air dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain.

Pihak pengurusan kelab menghubungi pihak bomba dan penyelamat seremban dan sebuah van berserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu.Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu.

 

sumber:Bernama

Incoming search terms:

Tags: , , , , , ,

0 thoughts on “ULAR SAWA BERENDAM BERSAMA PENGUNJUNG DI KOLAM RENANG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge