WANITA TERJUN SUNGAI :KEMUNGKINAN PANGGILAN PALSU YANG DITERIMA

Number of View: 4857

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 12 jam melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita yang dikatakan terjun ke dalam sungai berhampiran Pasar Seni, pasukan bomba dan penyelamat membuat keputusan menghentikan operasi tersebut kerana ia kemungkinan maklumat palsu.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur hari ini, operasi tersebut segera dilancarkan pada 11.48 malam semalam, selepas menerima panggilan kecemasan dari Ibu Pejabat Polis Brickfields yang memaklumkan mereka menerima panggilan dari orang awam kononnya ada seorang wanita terjun ke sungai.Usaha pencarian pasukan itu meliputi radius sejauh 10 kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh termasuk kawasan belakang IPD Brickfields namun pasukan itu tidak menemui sebarang petunjuk.

“Kami terpaksa menghentikan operasi mengesan berkenaan setelah meneliti segala fakta termasuk kemungkinan panggilan yang diterima adalah palsu,” kata jurucakap tersebut ketika dihubungi.Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat seterusnya menghubungi bilik gerakan Bomba di talian 03-22741216. –

SUMBER:BEITA HARIAN

jika panggilan berkenaan laporan wanita terjun sungai itu palsu,diharap janganlah buat panggilan macam ni.ia menyusahkan pihak bomba.

 
Tags: , , , , , , , ,

2 thoughts on “WANITA TERJUN SUNGAI :KEMUNGKINAN PANGGILAN PALSU YANG DITERIMA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge