WARGA ASING MENGGANGU PENDUDUK FLAT DANAU KOTA

Number of View: 2925

Sikap warga asing yang tidak peduli dengan keselamatan penduduk di flat danau kota bertindak keterlaluan apabila ada segelintir mereka mengganggu wanita yang menetap di situ.Tidak kira isteri, tunang atau anak dara orang, masing-masing ligat mengganggu sehingga penduduk merasa tidak selamat walaupun di dalam rumah.

Pakaian wanita yang dijemur di luar rumah kerap juga hilang dan di percayai dicuri oleh mereka.Kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk kerana masing-masing terlalu bebas sehingga berani melakukan apa saja tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Kata seorang penduduk disitu,beliau perlu berdepan sikap biadab warga asing yang pelbagai kerenah termasuk ketika hendak menaiki lif masing-masing berebut tanpa mempedulikan orang lain.Warga asing di situ terlalu bebas sehingga berani melawan dan mencari masalah dengan penduduk tempatan seolah-olah masing-masing ‘diberi perlindungan’.

“Bukan sekali, malah kerap kali. Saya pernah melihat seorang daripada mereka cuba hendak mencabul penduduk wanita di sini yang ketika itu melalui jalan gelap di belakang flat. Saya menjerit minta pertolongan dan warga asing terbabit bebas terlepas begitu saja,” katanya.

pemasalahan ini harus di tanggani dengan segera agar tidak ada perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku

Tags: , , ,

0 thoughts on “WARGA ASING MENGGANGU PENDUDUK FLAT DANAU KOTA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge