23 ORANG KANAK-KANAK DIJANGKITI HIV AKIBAT TERIMA DARAH DARI HOSPITAL

Number of View: 6769

23 ORANG KANAK-KANAK DIJANGKITI HIV AKIBAT TERIMA DARAH DARI HOSPITAL,kesian jokegurl bila baca artikel ni.Apalah nasib kanak-kanak yang tidak berdosa ini dijangkiti HIV positif setelah menerima darah dari sebuah hospital kerajaan di india.Kanak-kanak itu adalah diantara kanak-kanak yang mengidap Talasemia, penyakit gangguan genetik yang memerlukan pemindahan darah secara tetap.mari kita baca artikel penuh tentang berita kanak-kanak dijangkiti HIV akibat pemindahan darah.

 

AHMEDABAD, India 13 Sept. – Sekurang-kurangnya 23 orang kanak-kanak yang menerima pemindahan darah disahkan HIV positif dan pihak berkuasa sedang menjalankan penyiasatan terhadap hospital kerajaan tersebut.

Kanak-kanak yang dijangkiti itu berusia antara lima hingga 10 tahun, merupakan penghidap Talasemia, penyakit gangguan genetik yang memerlukan pemindahan darah secara tetap.

Menurut ibu bapa kanak-kanak tersebut, anak-anak mereka menerima darah baru dari sebuah hospital kerajaan di daerah Junagadh di barat Gujarat.

Kesemua 23 orang kanak-kanak itu menerima pemindahan darah percuma antara bulan Januari hingga Ogos lalu. – AFP

Macam mana kesilapan ini boleh belaku,mungkin ada berlaku kecuaian pihak hospital semasa proses pemindahan darah di jalankan.jokegurl harap kanak-kanak itu tabah mengharungi kehidupan yang mendatang.

Tags: , , , ,

3 thoughts on “23 ORANG KANAK-KANAK DIJANGKITI HIV AKIBAT TERIMA DARAH DARI HOSPITAL”

  1. pernah gak dgr kes2 macam ni.
    kesian, malang tak berbau.
    tapi bila dengar kes macam ni, maknanya tanggungjawab pihak hospital boleh dipertikaikan kerana menyebabkan kecelakaan pada org lain. patutnya diorang kena cek dulu, takleh terus pindahkan darah.

    ps: takut lak kalau pindah2 darah ni, tak pasal2 dapat darah HIV, naya :/
    Affan Ruslan recently posted..Seni Ambigram sempena Hari Raya AidilfitriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge