AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN JONIT KEMBALI AKTIF

Number of View: 3373

AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN JONIT KEMBALI AKTIF,Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor mengesan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit kembali Aktif.Ajaran itu di percayai dikembangkan oleh ahli keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai roslan memberitahu kosmo,Markas utama kumpulan ajaran tersebut yang terletak di kampung melayu batu arang yang terletak di rawang kembali dikunjungi oleh pengikut ajaran itu sejak kebelakangan ini.

Roslan memberitahu,Semakin ramai orang luar datang ke markas tersebut pada malam-malam tertentu dan mungkin kumpulan ajaran tersebut tidak mahu di hidu aktiviti mereka oleh pihak berkuasa.Kewujudan semula ajaran hassan jonit itu di percayai diketuai oleh seorang lelaki yang merupakan menantu kepada orang kanan Hassan.

Pengikut Ajaran Hassan Jonit itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional yang datang dari seluruh negara terutama Singapura, Johor dan Melaka semakin berkurangan.

Roslan yang juga penduduk dikampung tersebut  pernah bersemuka dengan pengikut kanan Hassan suatu ketika dahulu selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang dia telah mendapat wahyu ketika duduk di kedai kopi.

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

0 thoughts on “AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN JONIT KEMBALI AKTIF”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge